Volkswagen Polo GTI 2015 dambaan hati

By  |  0 Comments

VW POLO GTI_1

Sebuah lagi model hatchback yang pastinya menjadi tumpuan ramai di Paris Motor Show 2014. Diproduksi berdasarkan model Polo facelift, Volkswagen Polo GTI ini tampil dengan bampar yang lebih sporty, gril ‘sarang lebah’, lampu utama LED dan kekemasan berwarna merah. Ia juga dipadankan dengan lampu pencahayaan siang LED, suspensi talaan sport, sistem ekzos berkembar dan rim aloi bersaiz 17 inci.

Gaya sport turut bertebaran pada bahagian kabin dengan kehadiran roda stereng jenis rata dan tempat duduk sport balutan upholstery dengan corak kotak. Ia juga dilengkapi dengan kekemasan berwarna hitam berkilau, jahitan kontras berwarna merah dan penutup pedal aluminium.

VW POLO GTI_18

Di bawah hud, terletaknya enjin 1.8 liter TSI yang menggantikan 1.4 liter TSI. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 192 PS dan tork 320 Nm serta dipadankan dengan transmisi baharu iaitu manual enam-kelajuan. Ia juga memiliki pilihan transmisi DSG tujuh-kelajuan yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 192 PS dan tork 250 Nm.

Menurut Volkswagen, kedua-dua varian ini boleh dipacu daripada titik sifar ke 100km/j dalam hanya 6.7 saat. Manakala kelajuan maksimum yang boleh dicipta ialah 236km/j.

VW POLO GTI_5

Walau bagaimana pun, model manual dikatakan mampu menghasilkan ledakan kuasa yang lebih pantas.

Jentera Polo GTI ini akan memasuki pasaran Euro pada penghujung bulan ini dan penghantaran pertamanya dijangka bermula Februari hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq