Spyshot : Model prototaip Proton Iriz dengan teknologi ADAS sedang gigih diuji

By  |  0 Comments

Iriz_Adas_Test_11

Beberapa hari lalu, jurufoto Paultan.org dan InfoKereta.com, Sherman Sim, sempat merakamkan spyshot setelah terserempak dengan Proton Iriz model prototaip yang menggunakan teknologi kamera stereo keselamatan ADAS yang sedang diuji berhampiran dengan ibu pejabat Proton,

Kamera stereo ADAS merupakan sistem brek kecemasan autonomi yang dibangunkan oleh LG. Ia menggunakan kamera streo yang dipasangkan pada monitor LCD, berfungsi untuk mengimbas keadaan jalan terutamanya bagi mengesan halangan dan pejalan kaki yang mungkin boleh membahayakan pemanduan.

Iriz_Adas_Test_03

Projek ini memungkinkan Proton bakal menerapkan teknologi ini untuk menambahkan lagi elemen keselamatan pada Iriz atau model lainnya pada masa yang akan datang. Paling tidak pun, ia mungkin hanya sebahagian daripada usaha LG untuk mendemostrasikan teknologi ini kepada Proton bagi memperoleh pelanggan baharu.

Dalam masa yang sama, EuroNCAP baru sahaja menetapkan keperluan standard bagi sistem Brek Kecemasan Autonomi untuk membolehkan sesebuah model ini mendapat pengiktirafan lima bintang. Di mana sistem ini dikatakan mampu mengurangkan risiko kemalangan sehingga 27%.

Jadi, jika Proton mahu Iriz mendapat pengiktirafan lima bintang daripada EuroNCAP, sekurang-kurangnya model ini perlu dilengkapi dengan elemen brek kecemasan, sama ada yang dibekalkan oleh LG sendiri mahu pun pembekal lain.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *