Volkswagen Passat GTE bakal diperkenalkan di Paris Motor Show

By  |  0 Comments

PassatGTE8

Tidak mahu ketinggalan di dalam memperkenalkan barisan model baharu di Paris Motor Show hujung minggu ini, Volkswagen (VW) turut gigih membuat persiapan akhir sebelum mempertontonkan Passat GTE.

Direka berdasarkan Passat generasi kelapan, ia merupakan model ketiga yang menggunakan plug-in hybrid sebagai penjana kuasa, selepas model XL1 dan Golf GTE.

Passat GTE ini dijangka bakal mula dijual pada pertengahan tahun 2015, dan ditawarkan pada bentuk saloon dan estate.

PassatGTE10

Melalui foto yang diedarkan ini, kelihatan GTE ini telah dimodifikasi daripada komponen standard Passat dengan kekemasan berwarna biru pada gril radiator. Malah bampar hadapannya juga telah diberi rekaan semula dengan sambungan pada lampu LED berbentuk C dan juga rim aloi bersaiz besar.

Malahan pada bahagian dalam kabin juga dilatari dengan pencahayaan berwarna biru, tombol gear yang direka semula dan juga roda stereng berbentuk leper dengan balutan kulit.

PassatGTE3

Bakal dikuasakan oleh sistem hibrid petrol-elektrik termasuk dengan enjin 1.4 liter TSI, model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 156 hp, dibantu oleh motor elektrik dengan 155 hp dan tork 400 Nm. Hasil kombinasi kuasa tersebut mampu menghasilkan 218 hp dan dipadankan dengan transmisi automatik klac-berkembar enam-kelajuan.

Menurut VW, secara puratanya penggunaan bahan api mampu mencatatkan sehingga 2.0 liter untuk setiap 100km dan 13.o kWh/100km serta pelepasan emisi kurang daripada 45g bagi setiap km. Ini bermakna jika tangki bahan api penuh (50 liter) dan bateri lithium-ion dicas penuh, model ini mampu mencecah perbatuan sehingga 1000km. Malah ia juga mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya lapan saat serta boleh mencecah kelajuan maksimum sehingga 220km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *