Honda Vezel akan dijual di Jepun

By  |  0 Comments

honda-vezel-japan-0029

Selepas membuat penampilan di dalam Tokyo Motor Show 2013 baru-baru ini, pada hujung minggu lalu, Honda Vezel telah diumumkan secara rasminya akan dijual untuk pasaran Jepun. Juga dikenali sebagai ‘Baby CR-V’, SUV yang dipacukan oleh sistem pacuan empat roda (4WD) turut dipadankan dengan teknologi baharu Honda iaitu sistem Sport Hybrid i-DCD.

honda-vezel-japan-0037

Disasarkan untuk kenderaan segmen-B, Honda Vezel ini merupakan pesaing terhampir bagi Ford EcoSport dan Peugeot 2008. Untuk versi hibrid, ia dijanakan oleh Sport Hybrid i-DCD 1.5 liter yang digabungkan dengan enjin 1.5 liter pancitan terus DOHC, ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 29.5PS dan tork 160Nm. Menggunakan motor elektrik Lithium-ion, Vezel turut dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

am_vz1312178H

Manakala versi petrol pula yang dijanakan oleh enjin 1.5 liter DOHC dan dipadankan dengan kotak gear CVT berkemampuan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 131PS dan tork 155NM.

Selain Jepun, Vezel turut akan dijual untuk pasaran Amerika Syarikat pada suku kedua tahun 2014. Adakah ‘Baby CR-V’ ini direncanakan bakal dijual di pasaran Malaysia? Jawapannya hanya ada pada pihak Honda Malaysia!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *