Sila rujuk TTA bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya PLUS seluruh negara sempena cuti Krismas & Tahun Baru 2014

By  |  0 Comments

PLUS

Selain daripada cuti sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri, Krismas serta percutian akhir tahun juga kerap kali mempengaruhi orang ramai untuk mengambil cuti panjang. Maka, waktu sebegitu sering kali mengundang kesesakan lalu lintas di kebanyakan lebuh raya utama di seluruh negara.

Seperti kebiasaan, pihak PLUS akan mengeluarkan panduan untuk orang ramai yang bakal menggunakan lebih raya di bawah pengurusan syarikat konsesi ini. Untuk Krismas dan percutian Akhir Tahun yang bakal menjelma ini, PLUS telah menyarankan agar orang ramai merujuk jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.

Dalam petikan media di laman sesawang rasmi PLUS, Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail berkata, “PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bakal meningkat sebanyak 20% iaitu anggaran 1.5 juta kenderaan sehari menjelang musim perayaan Krismas dan Akhir Tahun berbanding dengan hari biasa iaitu lebih kurang 1.2 juta kenderaan. Maka jadual TTA ini memainkan peranan yang amat penting dalam membantu orang ramai merancang perjalanan mereka.

Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan,Melaka dan Johor. Langkah ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Jadual tersebut juga merangkumi perjalanan orang ramai yang ingin kembali ke Lembah Klang selepas perayaan Hari Krismas dan Akhir Tahun pada 29 Disember sehingga 1 Januari 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *