Tiada AP dikeluarkan untuk pembelian kenderaan dari negara ASEAN – JPJ

By  |  11 Comments

car-sale-img

Mungkin ada di kalangan kita yang kurang memahami atau tidak tahu mengenai perkara ini. Jadi info ini sangat berguna untuk kita semua.

Sejam yang lalu, menerusi laman media sosial FB, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaparkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengeluarkan Approved Permit (AP) kenderaan untuk negara ASEAN. Di mana sebarang pembelian kenderaan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia adalah tidak sah dan tidak boleh didaftarkan di Malaysia.

Ini bermakna semua kenderaan dari negara berkenaan yang dibeli oleh rakyat Malaysia adalah menyalahi undang-undang Malaysia. Jadi, sebelum anda terjebak dengan isu sebegini, eloklah terlebih dahulu merujuk ke Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Berikut merupakan kenyataan selanjutnya yang disiarkan di FB rasmi JPJ :

Pembelian kenderaan Singapura (kereta/motosikal)
Rakyat Malaysia boleh beli kenderaan Singapura dan bagi kerajaan Singapura tiada masalah, asalkan dokumen lengkap bagi pihak Singapura. Masalah akan timbul selepas rakyat Malaysia membeli dan hendak membawa masuk ke Malaysia. Kenderaan ini perlu melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

JKDM akan bertanya di mana Approved Permit (AP) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sahaja yang mempunyai kuasa mengeluarkan AP. Jika tiada AP, JKDM akan merampas kenderaan tersebut, pembeli boleh ditahan serta dikompaun sebanyak RM5,000.00 atau sekiranya di bawa ke mahkamah maka dendanya adalah 20 kali harga kenderaan tersebut.

Jika ingin memohon AP, perlu ke MITI tetapi AP hanya di keluarkan kepada :-
i). Pelajar yang belajar di luar negara.
ii) Pekerja yang bekerja di luar negara.
iii) Syarikat pengimpot kenderaan.

Motosikal Singapura yang berada dipasaran Malaysia (jualan melalui media sosial) oleh pihak ketiga
Rakyat Singapura adalah digalakkan melupuskan kenderaan mereka selepas 5 tahun. Kenderaan yang lebih 5 tahun tapi jika masih hendak digunakan maka insurannya akan menjadi tinggi. Jadi mereka terpaksa melupuskan kenderaan tersebut dan membeli kenderaan baru yang mana kenderaan baru tersebut akan diberi rebet oleh kerajaan Singapura. Jadi lebih menguntungkan mereka melupuskan kenderaan tersebut.

Dengan kesempatan ini ada satu sendikit membuat perniagaan dengan membeli kenderaan ini dan menjual di Malaysia.
Cara sendikit ini beroperasi akan menghubungi rakyat Singapura yang hendak menjual kenderaan dan dilupuskan dengan harga yang amat murah. Rakyat Singapura ini akan bawak masuk kenderaan ini ke Malaysia dan jual pada sindiket tersebut.

Sindiket ini akan membuat dokumen palsu (di mana dokumen asal telah diambil oleh kerajan Singapura). Dan menjualnya kepada rakyat Malaysia yang berminat. Pernah terjadi pada seorang rakyat Malaysia yang membeli motosikal Singapura, dan selepas itu pergi ke Singapura. Semasa hendak melepasi sempadan Singapura, rakyat Malaysia tersebut ditahan oleh kastam Singapura atas kesalahan memiliki motosikal yang tidak wujud di Singapura. Telah tahan semalam, di denda sebanyak $2,500.00 dan motorsikal dirampas.

Peminat motorsikal berkuasa besar yang membeli motorsikal Singapura dan menetap di Malaysia
Adalah dinasihatkan berhati-hati, JKDM dan PDRM sentiasa mengadakan operasi mencari kereta/motosikal Singapura. Sebab itu rakyat Malaysia yang beli motosikal Singapura ini akan bertempiaran lari jika ternampak skuad pencegah dari JKDM. Mungkin ada yang bertanya, mengapa mereka lari? Sebab mereka mengetahui jawapannya beli secara haram.

Nota kaki : Menurut laman FB JPJ, kenyataan ini adalah hasil kiriman ahli SM1JPJ yang prihatin

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq