Honda Mobilio selamat dilancarkan di Thailand

By  |  0 Comments

Honda-Mobilio-Thai-Official-02

Walau pun pengeluaran kereta dan trak Thailand pada Ogos tahun ini dilaporkan merosot 27.08 peratus kepada 140,797 unit berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun negara Gajah Putih ini masih aktif memasarkan model baharu atau pun facelift. Antara model baharu yang dilaporkan telah diperkenalkan di pasaran Siam ini ialah Honda Mobilio.

Model MPV bajet yang berkongsi platform dengan Brio ini pernah dipertontonkan dalam bentuk prototaip di Indonesia International Motor Show 2013 lalu sebelum ia mula diproduksikan pada awal tahun ini. Sebelum Thailand, Mobilio telah pun dilancarkan di India pada Julai yang lalu.

Honda-Mobilio-Thai-Official-03

Pesaing bagi Toyota Avanza/Daihatsu Xenia ini diproduksikan di kilang Honda yang terletak di daerah Ayutthaya. Ia didatangkan dengan tiga varian iaitu model S, V dan RS serba sporty. Hanya model spesifikasi rendah iaitu S sahaja yang turut ditawarkan dengan pilihan transmisi manual lima-kelajuan. Manakala Varian V dan RS pula hanya transmisi automatik sahaja.

Honda Mobilio ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan kemampuan kuasa maksimum 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm. Motor SOHC dipadankan dengan gear manual atau transmisi CVT Earth Dreams, seperti mana yang digunakan oleh model City dan Jazz baharu.

Honda-Mobilio-Thai-Official-08

Memiliki tiga barisan tempat duduk, Mobilio berukuran 4,386 mm panjang (4,398 mm untuk RS yang tampil dengan kit badan tersendiri) dan jarak roda 2,652 mm.

Menariknya, Mobilio versi Siam ini turut ditawarkan pada dua barisan tempat duduk untuk varian S iaitu berkapasiti lima tempat duduk dengan ruang kargo yang besar. Manakala varian V dan RS pula berkapasiti tujuh tempat duduk. Tempat duduk barisan kedua juga boleh dilipat secara nisbah 60:40 dan dibaring dengan cara “One Motion”.

Honda-Mobilio-Thai-Official-13

Antara elemen yang turut diterapkan pada model MPV ini ialah skrin sesentuh bagi unit kepala dan kamera undur, Bluetooth dan sambungan HDMI.

Dijual pada harga bermula 597,000 baht (RM59,378) untuk varian S M/T dan 642,000 baht (RM63,843) buat S A/T. Manakala varian V pula berharga 682,000 baht (RM67,823). Bagi varian spesifikasi tertinggi yang dilengkapi dengan kit badan, RS, pula berharga 739,000 baht (RM73,500).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *