Lima pemenang peraduan Shell Helix raih pengalaman bermakna di Belgium

By  |  0 Comments

???????????????????????????????

Shell Helix telah menghadiahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh lima pemenang hadiah utama ‘The Ultimate Ferrari Experience’ yang telah diterbangkan ke Belgium dan Belanda. Ini termasuklah lawatan penuh aksi bersama Kimi Räikkönen, pemandu Scuderia Ferrari dan Juara Dunia Formula One™ 2007.

Lima pemenang bertuah tersebut iaitu Kok Tuck Choon, Low Ken Chin, Mohammad Sukhri Hadafi bin Mohammad Hanif, Dr Muhammad Yusuf bin Abdurrahman, dan Wong Ken Hou.

Promosi global ‘The Ultimate Ferrari Experience’ Shell Helix 2014 merangkumi peraduan dua peringkat yang diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2014 dan terbuka kepada pelanggan yang membeli pek Shell Helix Ultra empat liter dengan Teknologi PurePlus atau sebarang produk daripada rangkaian Shell Helix HX7.

Para tetamu tiba di Belgium untuk menyaksikan Grand Prix Formula One Belgium Shell 2014. Sebagai salah satu daripada litar bersejarah terulung dalam kalendar Formula One, litar Spa-Francorchamps yang beralun dan terletak di tengah-tengah hutan Ardennes mencetus suasana unik yang dapat dinikmati sepenuhnya oleh tetamu Shell Helix.

Selain itu, Shell Helix telah mengatur lawatan ke paddock Formula One, termasuk peluang menyaksikan kereta lumba Ferrari F14 T dikendalikan di garaj Scuderia Ferrari. Para pemenang juga berkesempatan mengunjungi Makmal Tepi Litar Shell yang terkini, di mana bahan api dan pelincir paling canggih dianalisis oleh pakar teknikal Shell pada setiap hujung minggu perlumbaan.

Kimi turut bersama-sama dengan para tetamu telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk menyertai kelas pakar campuran adunan minyak Shell Helix, demonstrasi analisis minyak di Makmal Tepi Litar Shell dan Cabaran Pit Stop Formula One Shell. Pelumba dari Finland itu juga menunjukkan kemahiran beliau menguasai selekoh perlumbaan di litar go-kart tempatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *