Pemenang siri pertama Peugeot Drive 2 Win diumumkan

By  |  0 Comments

Winner 1st series

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi model Peugeot di Malaysia, telah pun mengumumkan barisan pemenang buat siri pertama ‘Drive 2 Win’ baru-baru ini.

Germaine Thai Hung Yi, telah diumumkan sebagai pemenang pertama dengan menerima Samsung Galaxy Note 12.2. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Jeyaseelan A/L Vengataraman yang membawa pulang Samsung Galaxy S5 dan Mohd Heikal Kamarudin dipilih di tempat ketiga dengan memenangi baucer membeli-belah bernilai RM500.

Malah ketiga-tiga pemenang ini juga layak beradu nasib untuk memenangi hadiah utama iaitu model penuh sporty dan bergaya Peugeot RCZ berwarna Rouge Red bernilai RM248,888.

Peraduan ini telah dibahagikan pada enam siri, di mana setiap siri berlangsung selama dua minggu. Tiga pemenang dicari bagi setiap siri dengan jumlah keseluruhan bagi semua siri ialah 16 pemenang.

Untuk menyertai peraduan ini, pergi ke mana-mana bilik pameran Peugeot dan jangan lepaskan peluang untuk memandu uji apa jua model Peugeot, isi borang peryertaan dan kemudian masukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Hanya sekali sahaja sesi pandu uji dibenarkan untuk setiap individu yang menyertai ‘Drive 2 Win’ ini. Tetapi, bagi pelanggan yang mendaftar mana-mana model baharu Peugeot, layak untuk menghantar lima borang penyertaan sekali gus.

‘Drive 2 Win’ berlangsung bermula 15 Ogos lalu dan berakhir pada 31 Oktober ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq