Lexus Ipoh tampil dengan kemudahan bertaraf dunia

By  |  0 Comments

1

Hari ini Lexus Malaysia secara rasminya telah membuka satu lagi cawangan bilik pameran mereka bagi mengembangkan lagi jenama ini di Malaysia. Cawangan ketujuh ini terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, dan dikenali sebagai Lexus Ipoh.

Dirasmikan oleh Pengerusi UMW Toyota Motor (UMWT) , Tan Sri Asmat Kamaludin, majlis pelancarannya juga turut disaksikan oleh Takashi Hibi iaitu Timbalan Pengerusi UMWT, Datuk Ismet Suki, Presiden UMWT, bersama dengan Pengerusi Eksekutif Telagamas Motors Sdn Bhd iaitu Goh Kian Sin dan juga Pengarah Urusannya Goh Kian Chuan.

Ini juga merupakan cawangan kedua yang dilancarkan oleh lexus Malaysia dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini. Sebelum ini, cawangan Lexus yang ke-enam telah pun dibuka di Sarawak pada bulan Jun lalu.

2. Signing of plaque by Tan Sri Asmat Kamaludin (Chairman, UMWT)

Menurut Datuk Ismet Suki, Lexus Malaysia telah melaburkan hampir RM90 juta untuk melebarkan sayap perniagaan mereka termasuk memperkenalkan beberapa bilik pameran iaitu Lexus Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Penang, Johor, Kuching, dan Ipoh. Malah Lexus Malaysia juga bakal menambahkan lagi kuantiti bilik pamerannya tidak lama lagi iaitu di Melaka yang dijangka bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Malah Datuk Ismet turut berkata, pembukaan bilik cawangan ini bukan sekadar mahu mengembangkan lagi jenama ini, malah ingin membawa nama Lexus supaya lebih dekat lagi dengan orang ramai.

Lexus Ipoh dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia serta direka bentuk setaraf dengan gaya kemewahan dan kontemporari model yang dipraktik selama ini. Dengan bangunan dua tingkat yang terletak dalam keluasan 30,000 kaki persegi, Lexus Ipoh merangkumi ruang pameran, empat ruang penyelenggaraan dan ruang menunggu ini dikendalikan oleh Telagas Motors Sdn Bhd, iaitu pengedar terkenal bagi jenama Lexus dan Toyota. Malah Telagamas juga bertanggungjawab mengendalikan Lexus Penang dan juga dua cawangan Toyota di Kulim dan Tanjung Malim.

10

Dengan pelaburan melebihi RM15 juta, Lexus Ipoh berazam untuk menjual 90 buah unit Lexus termasuk model baharu Lexus ES.

Mengikut rekod, semenjak tertubuhnya Lexus Malaysia, lebih daripada 6,500 unit Lexus telah berjaya dijual di pasaran Malaysia dan untuk tahun ini sahaja, mereka menyasarkan jualan melebihi 1,400 unit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *