Polis bakal guna motosikal elektrik & kereta peronda hibrid

By  |  0 Comments
Sekadar foto hiasan

Sekadar foto hiasan

Bernama melaporkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka bakal menggunakan 30 motosikal berkuasa elektrik mulai awal Oktober hadapan di sekitar ibu kota.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, objektif penggunaan motosikal elektrik ini adalah bagi mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Selain itu, polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa.

Walau bagaimana pun, penggunaan kedua-dua kenderaan terbabit masih dalam peringkat kajian.

Pada Januari lalu, Paultan.org melaporkan PDRM akan menguji sistem Revolo bolt-on yang dipasang pada salah satu kereta peronda Proton Inspira. Revola dipasarkan oleh DFRAN Technologies di mana pengerusinya ialah Datuk Seri Syed Zainal Abidin iaitu bekas Pengarah Urusan Proton.

revolo-dssz

Diasaskan dari India, motor elektrik bagi sistem hibrid ini mampu menghasilkan puncak tork sehingga 35 Nm, dan menyalurkan kuasa pada bantuan motor antara 80 hingga 100km dengan isian penuh. Malah sistem ini didakwa mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih ekonomi sehingga 35 peratus.

Ketika majlis yang berlangsung pada awal Januari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat setakat ini PDRM mempunyai hampir 3,000 unit kereta peronda, di mana ia melibatkan kos bahan api sebanyak RM28 juta bagi tempoh setahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq