Ford EcoSport serba baharu sudah berada di bilik pameran seluruh Malaysia

By  |  0 Comments

All-new EcoSport available for preview in all Ford showrooms

Kurang dua minggu lagi Ford akan melancarkan SUV urban kompak EcoSport serba baharu secara rasminya buat pasaran Malaysia. Namun semalam Ford telah mengumumkan bahawa model ini sudah pun berada di semua bilik pameran Ford di Malaysia untuk dipamerkan dan dipandu uji oleh orang ramai.

Dengan harga anggaran iaitu daripada RM95,888 sehingga RM104,888 seunit, EcoSport ini menggabungkan kelincahan sebuah kereta kompak yang sempurna untuk pemanduan harian di bandar, pada masa yang sama menawarkan fleksibiliti dan keluasan sebuah SUV.

Para pengedar Ford juga menawarkan ganjaran istimewa untuk mereka yang membuat tempahan awal sebelum pelancarannya, selain rebat khas untuk pelanggan Ford yang sedia ada. Pelanggan 500 pertama yang membuat tempahan pra-pelancaran akan menerima peranti GPS bernilai RM799.

EcoSport serba baharu menawarkan ruang yang luas untuk lima orang penumpang, posisi pemanduan yang tinggi dengan pemandangan jelas dan ruang kabin yang telah diperhalusi untuk operasi lebih senyap.

Karekter urban dan pintar EcoSport serba baharu diserlahkan lagi menerusi rangkaian teknologi pintar seperti sistem ketersambungan dalam kereta yang diaktifkan melalui suara, Ford SYNC yang memenangi anugerah, kemasukan kunci pintar, Ford Power Start dan alat pengesan parkir belakang. SUV kompak ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuklah dua beg udara di bahagian hadapan dan sisi, selain ABS dan Program Kestabilan Elektronik (ESP).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *