33,358 kesalahan jalan raya dikesan sepanjang Ops Aidilfitri 2014

By  |  0 Comments

bkk-ratchaprasong-dt-1

Laporan BERNAMA hari ini menyebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan sejumlah 33,358 kesalahan jalan raya di seluruh negara menerusi Ops Aidilfitri 2014.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad, sepanjang operasi yang bermula pada 21 Julai dan berakhir 5 Ogos lalu, sebanyak 133,144 kenderaan diperiksa dan pihaknya telah mengambil tindakan ke atas 25,188 kenderaan disebabkan pelbagai kesalahan.

Di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,524 kes tidak memiliki lesen, 8,815 tidak mempunyai cukai jalan dan 7,160 kes dicatatkan di bawah tujuh kesalahan utama seperti tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri serta tidak memakai tali pinggang keledar.

Manakala sebanyak 4,342 kesalahan teknikal dicatatkan iaitu 554 kesalahan dicatatkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 423 kesalahan dicatatkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan lain-lain kesalahan 1,540 kes.

Dalam masa yang sama, Ismail turut mengulas mengenai isu kualiti pelekat cukai kenderaan yang dikatakan makin kurang bermutu ekoran aduan orang ramai yang mengatakan ia mudah koyak.

Beliau berkata, JPJ sedang mengkaji semula kualiti pelekat tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki isu kualiti ini pada masa yang akan datang. Malah turut menambah, pengguna kenderaan juga boleh menukar pelekat yang lebih berkualiti secara percuma di mana-mana pejabat JPJ apabila ia dilaksanakan kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq