Ford Mondeo serba baharu bakal ‘serbu’ pasaran Eropah Oktober ini

By  |  0 Comments

Mondeo4

Ford Motor Company telah mengumumkan bakal memasarkan varian siri pertengahan dan tertinggi bagi Ford Mondeo serba baharu di Eropah pada Oktober ini. Barisan Mondeo ini mengetengahkan ciri-ciri pemanduan yang dinamik, teknologi yang serba inovatif, kekemasan yang dipertingkatkan dan rekaan yang lebih sofistikated.

Kesemua barisan Mondeo yang diperkenalkan ini termasuk dengan versi Trend dan Titanium serta Mondeo Hybrid. For juga dijangka bakal memperkenalkan model Ambiente dan Business Edition pada awal tahun hadapan, bersama dengan penjana kuasa petrol dan diesel serta pacuan semua tayar.

Bagi barisan Mondeo yang bakal diperkenalkan pada Oktober ini, ia didatangkan dengan kerangka empat pintu dan lima pintu, yang direka khas untuk pasaran Eropah.

Bagi Mondeo varian enjin petrol, ia dijanakan oleh enjin 1.5 liter dan 2.0 liter EcoBoost. Manakala bagi model ECOnetic Technology pula dikuasakan oleh enjin diesel 1.6 liter dan juga bakal didatangkan dengan varian diesel 2.0 liter TDCi.

Mondeo2

Dan buat pertama kalinya Ford turut memperkenalkan Mondeo Hybrid yang dikuasakan dengan enjin 2.0 liter petrol yang digabungkan dengan motor elektrik serta bateri lithium-ion 1.4kWh.

Bagi kesemua model Mondeo ini, Ford turut memperkenalkan teknologi lampu utama LED adaptif bagi membantu penglihatan yang lebih berkesan terutamanya pada waktu malam atau cuaca gelap.

Selain itu, antara teknologi yang dipertaruhkan termasuklah dengan adanya Active Park Assist dan sistem Active City Stop.

Mondeo juga telah dipertingkatkan tahap keselesaan dan kemudahan bagi pemandu termasuklah pelarasan roda stereng dengan memori serta haba, pelarasan tempat duduk pemandu yang lebih efektif, sistem bukaan pintu belakang secara elektronik, tempat duduk yang turut menawarkan fungsi urut Active Motion dan sebagainya.

Mondeo9

Bukan itu sahaja, sistem sambungan Ford SYNC 2 dengan kawalan suara serta skrin sesentuh bersaiz lapan inci turut ditampilkan bagi kawalan telefon bimbit, hiburan, suhu dan sistem navigasi.

Diproduksi di Valencia, Sepanyol, Mondeo baharu ini juga ditampilkan dengan profil ala sport coupe dengan garisan bumbung yang lebih rendah serta dipadankan dengan bumbung kaca panoramik untuk kerangka wagon.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *