Pemenang kempen “Safe and Stylish Balik Kampung” berhari raya dengan VW Polo Sedan

By  |  0 Comments

Picture 3

Volkswagen Malaysia dan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi bergabung untuk menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia memandu pulang sebuah jentera berkejuruteraan Jerman, Polo Sedan baharu pada musim perayaan ini yang selari dengan kempen “Safe & Stylish Balik Kampung”.

Kempen yang berlangsung selama sebulan dan serentak dengan koleksi Raya 2014 Melinda Looi iaitu ‘emel by Melinda Looi’ menerima maklum balas cukup memberangsangkan daripada peminat fesyen serta automotif.

Dipilih daripada lebih 6,000 penyertaan, Ahmad Amirul Ehsan Alias dinobatkan sebagai pemenang kempen “Safe and Stylish Balik Kampung”. Replika kunci telah diserahkan kepadanya pada satu majlis penyampaian hadiah sempena pameran jenama ‘Volkswagen On Tour’ di pusat beli-belah Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Picture 4

Ahmad Amirul ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya selepas terpilih sebagai pemenang. Malah mengakui telah lama ingin memiliki sebuah model Volkswagen dan tidak menyangka impiannya menjadi kenyataan menjelang Hari Raya ini.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Volkswagen Malaysia, Petra Schreiber, kempen ini memang selari dengan jenama Volkswagen. Malah pihaknya juga benar-benar gembira kerana dapat berkongsi keseronokan memiliki dan memandu sebuah kenderaan Volkswagen dengan pemenang bertuah ini sempena sambutan musim perayaan kali ini.

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, Polo Sedan yang dipasang tempatan menawarkan prestasi mengujakan menerusi kuasa tork terbaik dalam kelasnya iaitu 153Nm @ 3,800rpm. Polo Sedan yang dibina dengan kejuruteraan Jerman itu turut menyediakan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu menawarkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100km atau 15.4km seliter. Ini menjadikannya kenderaan yang sempurna untuk pemanduan harian di kawasan urban atau luar bandar.

Polo Sedan dilengkapi ciri keselamatan yang impresif termasuklah dua beg udara di hadapan dan sisi, Intelligent Crash Response System (ICRS), sistem brek anti-kunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA), tingkap keselamatan pada keempat-empat pintu, tali pinggang keledar tiga poin standard untuk semua penumpang, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX) dan sistem penggera anti kecurian demi keselamatan maksimum sepanjang masa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *