Perodua bakal memperkenalkan model EEV yang pertama di Malaysia sebelum 2014 berakhir

By  |  0 Comments

EMY_3965

Perodua telah mengesahkan bakal memperkenalkan model kenderaan cekap tenaga (EEV) sebelum 2014 berakhir dan ini juga merupakan model pertama seumpamanya bagi pasaran Malaysia.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, model ini bukanlah pengganti Viva sebagaimana yang disebut-sebut sebelum ini. Sebaliknya ia merupakan tambahan kepada barisan model Perodua sedia ada.

Perkara ini dinyatakan ketika majlis pengumuman prestasi Perodua bagi separuh pertama 2014 yang berlangsung petang semalam.

Dalam pada masa yang sama, Aminar turut berkata Perodua mengkaji semula jumlah sasaran jualannya kepada 193,000 unit berbanding 197,000 unit yang disasarkan pada awal tahun ini. Ia berikutan saingan sengit dalam pasaran automotif tempatan yang mendorong pihaknya terpaksa mengurangkan sasaran jualan berbanding yang telah ditetapkan sebelum ini.

Dengan pengurangan sasaran jualan ini, Perodua juga turut mengurangkan sasaran penguasaan pasaran tempatan kepada 28.4 peratus berbanding 30 peratus yang ditetapkan sebelum ini.

AlzaAdvance52

Untuk tempoh enam bulan pertama ini, Perodua telah berjaya mencatat jualan sebanyak 94,500 unit kenderaannya di pasaran tempatan. Di mana model Perodua Myvi dan Alza telah banyak membantu rekod jualan tersebut.

Walau pun mengalami sedikit penyusutan jualan, namun Perodua tetap optimis untuk meningkatkan jumlah tersebut daripada masa ke semasa.

EMY_4318

Selepas pengumuman prestasi ini dilakukan, Perodua turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakan perniagaan dan pihak media. Dalam majlis yang sama, Perodua turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Al-Kausar dan Maahad Tahfiz Nurul Iman termasuk pemberian duit raya kepada mereka.

Malah, Perodua turut berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad” sebagai tanda keprihatinan terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin di Gaza.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *