Ford Fusion 2015 tiada pilihan kotak gear manual & enjin 1.6 liter EcoBoost

By  |  0 Comments

FORD FUSION 2015

Ford telah nekad untuk membuat beberapa perubahan penting untuk penghasilan model Fusion 2015 ini. Di mana Ford memilih untuk memadankan enjin yang berkapasiti lebih kecil dan efisien iaitu 1.5 liter EcoBoost untuk Fusion 2015 ini. Malah Ford juga telah membuat keputusan untuk ‘melupakan’ kotak gear manual enam kelajuan bagi model akan datang ini.

Ford Fusion 2015 ini juga bakal tampil dengan beberapa elemen tambahan termasuklah kamera undur dan rim aloi berjejari 10 bersaiz 16 inci. Malah turut tampil dengan lampu pencahayaan siang (DRL) yang boleh dikonfigurasikan.

Ia turut didatangkan dengan empat pilihan warna yang lebih segar iaitu Bronze Fire Tinted Clearcoat Metallic, Guard, Tectonic dan Magnetic.

Model ini juga bakal tampil dengan varian Fusion SE yang turut dilengkapi dengan tempat duduk penumpang boleh laras bersama enam cara. Manakala varian Fusion Titanium pula didatangkan dengan tempat duduk penumpang boleh laras bersama 10 cara.

Manakala sistem pacuan semua roda akan ditampilkan pada varian SE Apperance dan SE Luxury.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *