Sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Batu Tiga & Sungai Rasau mulai 1 September

By  |  1 Comment

TOL SMART TAG N TNG

Adakah anda pengguna Lebuh Raya Persekutuan yang sering mengeluh dengan kesesakan (yang mungkin luar biasa) dihadapi apabila melalui Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam dan juga Sungai Rasau, Klang, terutamanya ketika waktu puncak?

Jika ya, mungkin keluhan anda bakal berkurangan apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memperkenalkan salah satu inisiatif untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih lancar di kedua-dua plaza tol berkenaan.

Di mana semua transaksi tol di kedua-dua plaza tol tersebut akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG bermula 1 September ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, inisiatif ini merupakan salah satu daripada langkah pihak PLUS bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah dan lebih selesa.

Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol tersebut di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.

Malah bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, PLUS juga akan turut menyediakan lorong-lorong khas bagi mendapatkan dan menambah nilai kad elektronik Touch ‘n Go dan PLUSMiles di lorong paling kiri di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bermula pada 19 Julai ini.

smart-tag 093

Selain daripada itu, PLUS juga akan memberikan rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada waktu bukan puncak (di antara jam 10:00 pagi – 4:00 petang dan 10:00 malam – 6:00 pagi setiap hari) menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTAG selama 4 bulan bermula 1 September hingga 31 Disember ini.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 di kedua-dua plaza tol terbabit bermula 18 Ogos hingga 30 November 2014.

Terdahulu, PLUS telah berjaya melaksanakan sistem tol elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Perling di Lebuh raya Linkedua dan Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor pada Januari 2014 lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq