Mitsubishi Lancer Evolution 2015 diteruskan untuk pasaran US

By  |  0 Comments

EVO1

Walau pun sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan model Mitsubishi Lancer Evolution tidak akan diteruskan untuk sesetengah pasaran di dunia, namun Mitsubishi baru sahaja memberi perkhabaran bahawa Amerika Syarikat (US) bakal menerima model facelift EVO tidak lama lagi.

Walau pun tidak mengalami perubahan yang besar, melainkan pemegang cawan baharu dan rekaan semula cermin sisi yang turut menampilkan lampu isyarat.

Model yang bakal mempunyai varian seperti Evo GSR ini turut didatangkan dengan pakej Premium termasuklah Pakej Bunyi dan Penglihatan, dan juga tempat duduk hadapan yang memiliki suhu panas, penggunaan material kulit upholstery dan bumbung berkuasa matahari.

EVO2

Varian lain bagi model ini iaitu Evo MR pula didatangkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi iaitu menampilkan lampu utama automatik, bilah pengelap cermin dengan pengesan hujan, corong pemanas dan elemen tambahan dengan kekemasan krom.

Malah model ini juga ditampilkan dengan sistem kemasukan pasif, cermin pandang belakang anti silau, serta sistem audio bersama sembilan pembesar suara Rockford Fosgate.

Kedua-dua varian ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 291 hp dan tork 406 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau Sportronic Shift Transmission (TC-SST) klac berkembar enam kelajuan bersama sistem pacuan semua roda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *