‘Atuk’ menyentuh sanubari – Iklan Raya ETCM membawakan erti kekeluargaan sebenar sempena Syawal

By  |  0 Comments

Walau pun bulan Ramadan baru saja memasuki minggu kedua, namun iklan sempena sambutan Hari Raya kian bertebaran di kaca TV dan juga Internet.

Antara iklan Hari Raya terbaharu yang terkesan di hati ialah terjemahan makna kekeluargaan yang dibawakan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM). Iklan ini adalah sempena dengan kempen perayaan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Kempen Raya ETCM diserlahkan menerusi satu filem pendek yang dihasilkan khas untuk tontonan rakyat Malaysia. Bertajuk ‘Atuk’, filem yang menyentuh perasaan ini menyorot perjalanan penuh emosi sebuah keluarga Melayu pada malam Hari Raya Aidilfitri yang memberi fokus kepada mesej- mesej penting supaya menghargai mereka yang tersayang.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen, Kempen Raya ECTM bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar memupuk nilai-nilai kekeluargaan serta meraikan Hari Raya dengan penuh kasih sayang dan kemaafan.

“Adakalanya, kita semua terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehinggakan kita terlupa akan perkara yang benar-benar penting. Jadi, kami harap ‘Atuk’ akan kembali mengingatkan rakyat Malaysia bahawa keluarga adalah segala-galanya. Lagi pun, ahli keluarga yang akan bersama kita semasa susah dan senang. Walaupun kita mungkin tidak sependapat sepanjang masa, namun ikatan itu akan terus ada,” tambahnya.

‘Atuk’ kini boleh ditonton di saluran Youtube rasmi dan laman Facebook Nissan Malaysia. ETCM juga akan berkongsi blog berkaitan kekeluargaan di laman web Nissan sepanjang bulan Ramadan. Topik- topiknya termasuklah keseronokan berkumpul dengan ahli keluarga dari berbilang generasi, persediaan menjadi ibu bapa dan tip-tip bagaimana untuk lebih bersedia apabila berjumpa dengan keluarga pasangan buat pertama kalinya.

Mesej-mesej ini dan ‘Atuk’ sememangnya jelas mewakili tagline ETCM pada Hari Raya ini iaitu ‘Orang Jauh Lagi Dikenang, Orang Dekat Makin Disayang. Tak Kira Jauh Atau Dekat, Kami Menyatukan Anda Dengan Semua’.

Sebagai tambahan, ETCM turut menawarkan promosi luar biasa ke atas beberapa model popular Nissan pada Raya kali ini. Promosi yang bermula pada 20 Jun hingga 31 Julai 2014 menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk memiliki sebuah model Nissan dengan hanya RM22 sehari (mengikut terma dan syarat). Para pelanggan juga boleh memilih model-model Nissan seperti Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan Navara untuk balik ke kampung. Pelanggan yang berminat dengan Sylphy serba baharu dan Teana juga boleh menikmati tawaran istimewa oleh kedua-dua model ini.

2014_Nissan_Sylphy_002

Pembeli yang ingin mendapatkan diskaun serta ganjaran menarik boleh menikmati pelbagai tawaran termasuklah 50 peratus bagi Aerokits NISMO dan IMPUL untuk Almera, selain Aerokit IMPUL untuk Grand Livina. Para pelanggan yang membeli Serena S-Hybrid baharu pula layak menerima Navigasi Multimedia secara percuma.

Bagi menambah kemeriahan sambutan ini, ETCM mengadakan siri jelajah Hari Raya ke seluruh negara di mana para pelanggan boleh mengunjunginya untuk melihat secara dekat model-model terbaharu Nissan, mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan dan pulang dengan hadiah- hadiah seperti kurma dan sampul duit Raya.

Berikut merupakan tarikh dan lokasi siri jelajah Hari Raya Bersama ETCM :

Screen Shot 2014-07-05 at 22.25.38

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *