Harga kereta mulai turun – MAI

By  |  0 Comments

madani-wm-850x590

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan trend penurunan harga kereta dijangka berterusan, hasil daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015. Malah ia juga dikatakan kesan daripada liberalisasi pasaran dengan mengambil kira kesan daripada pelbagai faktor.

Memetik kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari, pelaksanaan GST sebenarnya dapat membantu untuk menurunkan harga kereta.

Di mana sebelum ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikenakan 10 peratus tetapi selepas pelaksanaan GST, cukai yang dikenakan sebanyak enam peratus sahaja. Ini bermakna, pelaksanaan GST mampu mengurangkan sedikit harga kereta baharu dan akan lebih murah.

Malah, trend penurunan ini dijangka berterusan kesan daripada liberalisasi pasaran dengan mengambil kira kesan daripada beberapa perkara iaitu perbincangan MAI dengan pihak industri dan usaha-usaha syarikat untuk meningkatkan daya saing.

Menurutnya, liberalisasi pasaran melalui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas dan pelaksanaan Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 yang lebih agresif juga memainkan peranan. Di mana pada tahun 2013, purata penurunan harga kenderaan penumpang adalah sebanyak lima peratus.

Madani turut menambah, purata itu adalah berdasarkan kepada analisa terhadap 11 jenama, 29 model dari 58 varian kenderaan penumpang yang diperkenalkan pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, ada kenderaan penumpang yang masih mengekalkan harga sama.

Pada 2013, 60 peratus pengeluar model mula menurunkan harga kenderaan mereka. Ini memberikan pilihan kepada para pengguna untuk membeli kenderaan dengan harga yang lebih rendah.

Untuk rekod, setakat April 2014, terdapat penurunan harga bagi beberapa lagi model kenderaan penumpang iaitu antara sembilan peratus hingga 29 peratus.

Malah pihak MAI menjangkakan, penurunan harga kenderaan pada 2014 dianggarkan akan meliputi 50 peratus daripada jumlah kenderaan. Dan kemungkinan besar, trend penurunan harga kenderaan pada 2015 hingga 2018 adalah lima peratus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *