Mitsubishi Lancer 2015 bakal tiba…

By  |  0 Comments
Mitsubishi Lancer GT 2013

Mitsubishi Lancer GT 2013

Pada pertengahan April lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah pun memperkenalkan model facelift Mitsubishi Lancer 2.0 GTE. Ia hanya menerima sedikit pembaharuan iaitu bumbung matahari, sistem operasi tanpa kunci, ISOFIX dan beg udara untuk bahagian lutut pemandu bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan.

Dua hari yang lalu, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah mengumumkan bakal memperkenalkan model Lancer 2015 tidak lama lagi untuk pasaran global.

Ia bakal dipadankan dengan transmisi boleh laras baharu serta pakej nilai tambah yang memberi penambah baikan bagi instrumentasi, sambungan Bluetooth dan pemegang pintu krom. Malah turut menambah brek cakera belakang, kekemasan lembut bagi bahagian dalaman pemukaan pintu dan rim aloi bersaiz 16 inci.

Bagi varian Lancer SE AWC, ia bakal dilengkapi dengan elemen tambahan standard termasuklah bahagian hadapan lebih sporty, lampu kabus dan rim aloi bersaiz 16 inci yang direka semula. Malah ia juga bakal hadir dengan sistem audio enam pembesar suara.

Manakala bagi Lancer GT pula tidak membawa sebarang perubahan yang besar, melainkan kekemasan jahitan bagi tempat duduk dan bahagian dalam permukaan pintu. Model ini juga bakal menawarkan pakej tambahan seperti lampu utama HID, bumbung matahari dan sistem audio Rockford Fostage sembilan pembesar suara.

Lancer Ralliart pula akan memberi penambah baikan pada lampu utama HID, bilah pengelap cermin dengan pengesan hujan, cermin pandang belakang anti silau dan juga rim aloi bersaiz 18 inci dengan kekemasan gelap. Malah ia juga akan dilengkapi dengan sistem audio Rockford Fostage.

Walau bagaimana pun, belum dapat dipastikan bilakah model ini bakal memasuki pasaran. Mungkinkah pada penghujung tahun ini? Nantikan maklumat selanjutnya…

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *