Subsidi bahan api hanya untuk pengguna berpendapatan kurang RM5,000 adalah spekulasi-KPDNKK

By  |  2 Comments

RON95

Memang cukup panas isu subsidi bahan api petrol dan diesel ini. Mungkin ia sepanas fenomena El-Nino yang dijangka bakal melanda negara kita tidak lama lagi.

Terbaru, BERNAMA telah melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menafikan laporan bahawa hanya pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Menurut Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad, laporan itu hanya sekadar bersifat spekulasi sahaja. Di mana sebuah akhbar telah melaporkan bahawa pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter. Jika kuota itu sudah habis, pemilik kenderaan itu perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Walau bagaimana pun, Alias mengesahkan, pihak kerajaan sedang mengkaji pendekatan baharu berhubung subsidi petrol dan diesel. Dan perkara ini bakal diumumkan setelah keputusan dibuat kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *