Fasa ketiga ASEAN NCAP telah diumumkan hari ini

By  |  0 Comments

ASEAN-NCAP-P-3-Honda-CRV-2-850x464

Selepas Fasa pertama diumumkan pada Februari 2013 dan Fasa Kedua pula pada Ogos tahun yang sama, sepatutnya Fasa Ketiga Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (ASEAN NCAP) diwar-warkan pada umum Mac lalu. Namun atas faktor tertentu, ia ditangguhkan.

Hari ini bertempat di Philea Resort and Spa, Melaka, Fasa Ketiga ASEAN NCAP ini akhirnya diumumkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). Malah pengumuman mengenai Fasa Ketiga dan merupakan yang terakhir bagi tahun ini juga diumumkan di Melbourne sempena dengan Forum Global Tahunan NCAP 2014 yang berlangsung hari ini.

Melibatkan 11 model kenderaan dengan dua model untuk versi premium dan speksifikasi paling rendah, telah dinilai termasuklah untuk ujian pelanggaran hadapan dalam kelajuan 64km/j dan keselamatan penumpang kanak-kanak.

Keputusan yang diumumkan bagi Fasa Ketiga ASEAN NCAP adalah seperti berikut :

Honda CR-V 2.0V (tahun buatan 2013) MY 2013 – Dewasa : 5 bintang, Kanak-kanak : 4 bintang, Sisi : Lulus, Beg udara : 2
Proton Preve 1.6 IAFM+ (tahun buatan 2013) MY 2013 – Dewasa: 5 bintang, Kanak-kanak : 3 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara : 6
Toyota Corolla Altis 2.0 V bersama pakej keselamatan (tahun buatan 2013) MY 2014 – Dewasa: 5 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara : 7
Chevrolet Colorado Crew Cab (tahun buatan 2014), MY 2014 – Dewasa: 5 bintang, Kanak-kanak: 3 bintang (4 bintang, tanpa ESP), Sisi: Lulus, Beg udara: 2
Volkswagen Polo Sedan 1.6 (tahun buatan 2013) MY 2013 – Dewasa: 4 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara : 4
Toyota Corolla Altis 1.8 E (tahun buatan 2013) MY 2014 – Dewasa: 4 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara: 2
Peugeot 208 1.6 VTi AT 5-door (tahun buatan 2013) MY 2013 – Dewasa: 4 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara: 6
Kia Picanto 1.25 MT (tahun buatan 2013) MY 2013 – Dewasa: 4 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara: 6
Chevrolet Sonic 1.4 (tahun buatan 2013) MY 2014 – Dewasa: 4 bintang, kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara: 2
Isuzu D-Max Crew Cab 4×4 MT (tahun buatan 2014) MY 2015 – Dewasa: 4 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang, Sisi: Lulus, Beg udara: 2
Kia Picanto 1.25 MT (tiada beg udara) (tahun buatan 2013) MY 2013 – Dewasa: 0 bintang, Kanak-kanak: 1 bintang, Sisi: Tidak diuji, Beg udara: 0

Proton Preve juga telah mendapat pengiktirafan lima bintang seperti mana Suprima S. Sementara itu, Volkswagen Polo sedan pula telah mendapat pengiktirafan empat bintang.

Untuk Honda CR-V dan Chevrolet Colorado, varian tanpa ESC telah menerima pengiktirafan empat bintang untuk dewasa. Honda CR-V yang diuji adalah model yang diproduksi di Thailand bagi pasaran Filipina.

Ujian ini dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu di MIROS PCS3 yang terletak di Melaka, JARI di Tsukuba, Jepun dan KATRI di Korea Selatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *