Perodua Viva dinobat sebagai “Kereta Tahunan Bagi Nilai Wang” tujuh tahun berturut-turut

By  |  0 Comments

_DSC1024

Suatu pencapaian yang sangat membanggakan bagi Perodua apabila kereta kompaknya, Viva, sekali lagi dinobatkan sebagai “Kereta Tahunan Bagi Nilai Wang” (1.3L ke bawah) oleh Frost & Sullivan. Ia merupakan pencapaian buat kali ketujuh bagi Perodua Viva di dalam kategori dan penganugerahan yang sama.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh yang menerima anugerah ini berkata, “Pihak Perodua sangat berbesar hati menerima pengiktirafan ini selama tujuh tahun berturut-turut. Malah, anugerah ini menjadi refleksi pada teras objektif kami di dalam menghasilkan kenderaan yang berkualiti tinggi yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan untuk rakyat Malaysia.”

Perodua_Viva_Front

Perodua Viva merupakan kenderaan yang ditawarkan dengan harga yang paling berpatutan di pasaran. Dengan menampilkan varian Viva asas yang bermula pada harga RM24,936 ke atas.

Buat setakat ini, Viva sudah pun mempunyai lima varian bagi memenuhi permintaan pasaran. Dilancarkan sejak tahun 2007, Viva menjadi salah satu model yang memperoleh sambutan paling tinggi di Malaysia dan telah pun mencapai jualan sebanyak 419,000 unit sejak dilancarkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *