Galeri : Honda City 2014 VS versi terdahulu

By  |  2 Comments

2014_Honda_City_new_vs_old_ 01

Info Kereta kini berada di Phuket, Thailand, untuk memandu uji model serba baharu Honda City 2014 yang kemungkinan besar bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.

Ulasan untuk pandu ujinya… akan dipaparkan sedikit masa lagi. Sabar ya…..

Sementara itu, jom lihat dulu beberapa foto imej luarannya. Walau bagaimana pun foto yang dipaparkan ini adalah untuk pasaran Thailand. Honda Malaysia masih mengunci mulut adakah ia sama untuk model yang bakal ‘mendarat’ di negara kita atau pun kebarangkalian juga terdapat sedikit perbezaan. Jadi, usah menaruh harapan ia ‘sama-sebiji-serupa’ dengan model yang bakal dipasarkan di Malaysia. Ini kerana untuk pasaran Malaysia, ia adalah unit pemasangan tempatan (CKD).

Kalau dibandingkan dengan model sebelumnya, nampak gayanya Honda City 2014 ini telah diberi suntikan yang lebih segar. Anda boleh lihatnya sendiri dengan paparan di bawah di mana kami turut menggandingkannya dengan model terdahulu.

Ada komen? Kongsikan bersama Info Kereta.


Honda City 2014 Honda City 2009

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *