Hyundai IONIQ hampir bersedia didedahkan

By  |  0 Comments

2016-hyundai-ioniq-first-details-pictures-053

Hyundai South Korea kelihatan semakin bersedia untuk mendedahkan model hibrid IONIQ di peringkat global.

Hyundai IONIQ ini boleh dianggap sebagai kenderaan ‘3 dalam 1’ kerana ia tampil dengan penjana kuasa hibrid, plug-in hybrid dan EV (elektrik sepenuhnya).

Bagi versi EV, IONIQ akan dikuasakan dengan bateri lithium ion berkapasiti tinggi.

Sementara versi plug-in hybrid (PHEV) pula, ia akan digabungkan dengan kuasa penjimatan bahan api dan bateri. Manakala versi hibrid (HEV) pula menggunakan enjin petrol dan ia akan dicas dengan bateri khas.

Hyundai menetapkan enjin berkapasiti 1.6 liter GDI untuk model ini yang mampu memberikan kuasa sehingga 103 hp dan tork 146 Nm. Enjin yang bekerjasama dengan motor elektrik pula akan menerima kuasa tambahan sebanyak 43 hp dan tork meningkat sehingga 170 Nm.

Bagi bahagian kabinnya, ia masih menerima tempias rekaan ‘tipikal’ seperti mana kebanyakan model Hyundai yang lain. Namun sedikit kekemasan berwarna biru, roda stereng leper di bahagian bawah dan kluster instrumen digital membuatnya ia tampil sedikit berbeza dengan lain-lain model Hyundai.

2016-hyundai-ioniq-first-details-pictures-052

Manakala tombol gearnya hadir dengan kekemasan metalik serta ia turut didatangkan dengan brek parkir elektrik.

Perincian lanjut mengenai IONIQ ini akan didedahkan sepenuhnya apabila ia sudah bersedia dipamerkan di peringkat global kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *