Jambatan Tun Salahuddin Kuching bebas tol mulai 1 Jan 2016

By  |  0 Comments

Tun_Salahuddin_Bridge

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, telah mengumumkan Jambatan Tun Salahuddin yang terletak di Kuching, bakal bebal tol mulai 1 Januari 2016 ini.

Memetik laporan The Star, penghapusan tol di jambatan berkenaan adalah sebagai menunaikan janji yang pernah dibuat oleh kerajaan tempatan. Sebelum ini, tol di Jambatan Lanang, Sibu dan Jambatan Asian, Miri, juga telah dihapuskan pada awal tahun ini. Sekali gus ‘membebaskan’ Sarawak dari tol.

Adenan turut berkata, “Lebuhraya Pan Borneo juga akan bebas tol. Kami tidak mahu mengenakan sebarang kadar tol kerana mahu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.”

Katanya lagi, kerajaan negeri juga tidak akan membuat bayaran pampasan kepada Zecon Toll Concessionaire Sdn Bhd.

“Mereka prihatin dengan rakyat di Sarawak dan bersetuju tentang perkara ini atas semangat keprihatinan tersebut,”ujar Adenan lagi.

Jambatan Tun Salahuddin ini sepanjang 339 meter dan selebar 28 meter ini memiliki enam lorong, telah dirasmikan pada September 2003.

Sumber foto : Zecon Toll Concessionaire Sdn Bhd.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *