Nissan mungkin naikkan harga kereta tahun hadapan jika nilai RM kian jatuh

By  |  0 Comments

Nissan Teana38

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan harga model Nissan pada tahun hadapan.

Berikutan keadaan nilai mata wang Ringgit (RM) yang tidak menentu dan kian jatuh, ETCM mungkin perlu mempertimbangkan kenaikan harga bagi model Nissan di pasaran Malaysia pada 2016.

Dalam kenyataan medianya, ETCM juga menyebut, disebabkan faktor nilai pertukaran mata wang asing yang tidak menentu sehingga mempengaruhi nilai RM, secara tidak langsung turut mendatangkan impak negatif terhadap syarikat ini. ETCM telah melaksanakan banyak rasionalisasi kos dan kecekapan pengoptimuman latihan.

Walaupun dengan pengurangan yang berterusan, sesetengah kos mungkin perlu diserapkan kepada pengguna iaitu menerusi kenaikan harga model Nissan.

“Walau pun terpaksa melalui rintangan ini, ETCM tetap komited di dalam menyediakan keperluan para pelanggan yang mahukan kualiti, produk tambah nilai serta tahap tertinggi perkhidmatan pelanggan,” ujar Pengarah Eksekutif Datuk Dr Ang Bon Beng.

Menurutnya lagi, ETCM tetap akan terus mencari peluang dan keberkesanan yang strategik bagi kelangsungan operasi dan kecekapan di dalam perniagaan serta rakan kongsi untuk tiada perubahan harga bagi kenderaan Nissan pada tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *