Proton akan mematuhi standard Euro 5 & harga akan naik – Tun Mahathir

By  |  0 Comments

AlamiProton_MISC_48

Pengerusi Proton, Tun Mahathir (Tun M), memberitahu semua model Proton bakal mematuhi standard emisi Euro 5 pada masa akan datang.

“Kita belum mencapai standard Euro 5 lagi. Bukan bermaksud kita tidak boleh, tetapi ia melibatkan kos yang tinggi. Itu masalahnya. Orang ramai masih beranggapan kereta Proton masih murah dan menggunakan teknologi yang rendah. Tapi kini, ia tidak lagi sebegitu,” ujar Tun M sewaktu pelancaran ALAMI Proton 2015 hujung minggu lalu.

Tun M turut menambah, “Tidak lama lagi, semua model Proton akan mencapai standard Euro 5, tapi ia akan mengambil masa. Kemudian, harga akan dinaikkan, tetapi saya yakin, sesiapa yang memandu model Proton sekarang akan dapat rasa prestasinya telah ditambah baik. Kami telah membuat pelbagai kemajuan, malah setanding dengan jenama automotif yang lain.”

Kata Tun M lagi, buat masa ini, Malaysia belum bersedia untuk menerima penambahan harga bagi kereta nasional, tetapi Proton telah pun memiliki teknologi yang tinggi.

“Contohnya, Iriz EV boleh pergi sehingga lebih 300 km dengan satu isian penuh, di mana ia lebih tinggi berbanding EV lain yang lebih mahal dan memiliki pek bateri yang lebih besar. Tapi harga kami tidak akan menjadi lebih murah,” tambah Tun M lagi.

Proton turut memiliki perancangan untuk mengeksport Iriz EV ke pasaran Eropah.

“Ini juga akan membolehkan kami mengeksport kereta yang sedia ada yang belum lagi mematuhi standard Euro 5, dengan bantuan model dengan sifar emisi,” ujar pengasas Proton lagi.

Buat masa sekarang ini, model sedia ada Proton Iriz menepati piawaian Euro 4. Tun M turut menyebut, untuk menepati piawaian Euro 5, ia memerlukan enjin baharu. Beliau turut mengakui, Proton mungkin akan menggunakan sumber enjin dari luar untuk mencapai standard tersebut.

Menjawab soalan tentang harga pasaran semasa Proton, Tun M berkata, “Dengan keadaan mata wang kita yang turun, import dan kos material menjadi tinggi. Kita masih cuba mengekalkan harga sedia ada, tetapi saya tak tahu setakat mana boleh bertahan dengan harga ini. Bukan sahaja Proton, malah syarikat pengeluar automotif lain turut merasai bahang senario ini.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *