ETCM tawar 1 juta mata ganjaran bersama AirAsia BIG

By  |  0 Comments

Range_TheStar-4

Baru-baru ini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan kempen “Millionaire Drive”, satu kolaborasi baharu dengan AirAsia BIG, program kesetiaan daripada peneraju penerbangan tambang rendah di Asia, AirAsia.

Melalui kempen ini, 15 orang pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan mereka pada bulan Oktober berpeluang untuk memenangi daripada 1,000,000 Mata Ganjaran BIG.

Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang 300,000 Mata Ganjaran BIG yang bersamaan lima penerbangan pergi balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau pelbagai destinasi tempatan.

“Seperti bagaimana kita menikmati makanan yang menarik, menerokai lokasi-lokasi pelancongan baharu adalah sesuatu yang amat digemari oleh rakyat Malaysia. Jadi, kempen “Millionaire Drive” adalah cara terbaik untuk menyatakan penghargaan kami kepada para pelanggan kerana ia memberi kepada mereka pengalaman bercuti yang akan diingati sepanjang hayat,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

14 orang pemenang Hadiah Saguhati akan menerima 50,000 Mata Ganjaran BIG bukan sahaja boleh digunakan untuk ke destinasi tempatan, malahan juga bersamaan dengan dua penerbangan pergi balik ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai. Mata Ganjaran BIG AirAsia adalah sah selama tiga tahun.

Penebusan mata ganjaran untuk penerbangan AirAsia adalah berdasarkan kepada jualan penerbangan AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points, di mana pelanggan boleh menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.

Sebagai tambahan, “Promosi RM1.00” yang popular itu akan diteruskan bersama kempen bulan Oktober. Dengan hanya RM1.00 pelanggan boleh membeli Pakej NISMO Elegan untuk Almera atau Aerokit IMPUL untuk Grand Livina.

XTRAIL-TEST-DRIVE-32

Promosi RM1.00 turut dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak untuk menambah tempat duduk yang dibalut kulit dengan hanya RM1.00.

Pelanggan yang membeli Sylphy akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Selain boleh memilih IMPUL Aerokit, tinted filem V-Kool Elite atau Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 6.5 inci pada harga RM1.00.
Juga sebahagian daripada kempen ini, pelanggan Serena S-Hybrid bakal menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

Orang ramai dijemput mengunjungi bilik-bilik pameran serta siri jelajah Nissan untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai hadiah menarik.

Berikut merupakan tarikh & lokasi Siri Jelajah Nissan :

NISSAN_AIRASIA

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *