ALAMI Karnival Proton 2015 kini kembali – Bakal menggegarkan COE pada 3-4 Oktober ini

By  |  0 Comments

Alami_Proton_-001

Umpama acara mega tahunan, Proton sekali lagi bakal menganjurkan ALAMI Karnival Proton yang dijadualkan pada 3 hingga 4 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Bertempat di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Lebuhraya KESAS, Shah Alam, banyak acara menarik telah disusun dan menantikan golongan pengunjung tidak kira usia, bangsa mahu pun agama.

Malah sempena dengan ulang tahun ke-30, Proton turut menawarkan pakej pemilikan menarik termasuklah rebat istimewa untuk model terpilih, kelulusan pinjaman segera untuk pembelian model Proton,kadar faedah serendah 1.99%, 100% skim kewangan bagi kakitangan kerajaan, tawaran hebat khas untuk graduan serta banyak lagi.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_-008

Paling menarik, semua pemilik model baharu Proton juga bakal ditawarkan promosi waranti lanjutan selama tujuh tahun.

Acara menarik lain yang turut menanti kedatangan pengunjung termasuklah peluang memandu uji model sedia ada Proton termasuk Saga, Persona, Preve, Suprima S, Exora dan Iriz.

Malah melalui ALAMI Karnival Proton 2015 ini, pengunjung berpeluang melawat pusat Pembangunan & Penyelidikan (R&D) Proton termasuk melihat sendiri proses pembangunan dan pembuatan sesuatu model.

Selain itu, pengunjung juga bakal disajikan dengan demostrasi model Proton dengan aksi Gymkhana, serta beberapa acara untuk pengunjung cilik termasuk peraduan mewarna dan sebagainya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *