Nissan Altima 2016 telah muncul dengan pembaharuan besar

By  |  0 Comments

Nissan_Altima_2016_19

Nissan telah pun memprkenalkan model facelift bagi Altima, atau pun jika di negara kita, ia lebih dikenali sebagai Teana.

Menurut Nissan, Altima 2016 ini mengalami penambahbaikan yang begitu besar, termasuklah menampilkan imej luaran hadapan serba baharu dengan kehadiran gril V-Motion yang disambungkan pada lampu utama berbentuk boomerang baharu.

Di samping itu, ia juga menampilkan dapra baharu, hud yang diperkemaskinikan serta pilihan lampu pencahayaan siang LED.

Pada bahagian belakang, perubahannya sedikit minor kecuali menampilkan bampar baharu, bonet yang diperkemaskinikan serta lampu yang diberi gayaan semula. Ia menampakkan ciri yang “lebih mahal dan lebih berkualiti tinggi”.

Nissan_Altima_2016_18

Selain itu, Altima 2016 ini turut dilengkapi dengan gaya aerodinamik termasuk pengatup gril aktif dan panel bahagian bawah kerangka. Hasil modifikasi ini, Altima 2016 ini turut menambah baik seretan pekali sehingga 10 peratus menjadi 0.26 Cd.

Bagi kabinnya, ia kelihatan lebih luas, malah turut menampilkan tempat duduk hadapan Zero Gravity yang dibentuk semula, menambah baik roda stereng serta ruang tengah.

Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan panel pintu dengan kekemasan upholstery yang diperkemaskinikan serta konsol tengah yang diperbaharui bersama pemegang cawan baharu.

Untuk penjana kuasanya, ia menampilkan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter empat-silinder (182 hp/243 Nm) dan 3.5 liter V6 (270 hp/340 Nm). Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi Xtronic yang menyalurkan kuasa pada roda hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *