MRT : Penutupan jalan sepanjang Lebuhraya Sprint 6 Sept ini

By  |  0 Comments

mrt-sprint

Untuk semua pengguna kenderaan yang melalui Lebuhraya Sprint, pada Ahad ini iaitu 6 September, penutupan jalan akan dilakukan di KM3.6 iaitu di hadapan Phileo Damansara dan Hotel Eastin. Ia akan ditutup sepenuhnya selama 18 jam iaitu dari 12 tengah malam sehingga 6 petang.

Menurut Timbalan Pengarah MMC Gamuda KVMRT, Adil Putra, penutupan jalan ini adalah bagi kerja-kerja pembinaan pintu masuk jambatan Stesen MRT Phileo Damansara. “Penutupan ini perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan di tapak kerja yang melibatkan jentera berat,” ujarnya menerusi Bernama.

Beliau turut menambah, sepanjang penutupan itu, pengguna kenderaan dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Petaling Jaya yang menuju ke Kuala Lumpur perlu melakukan pusingan-U dan masuk ke kiri ke Jalan Tan Sew Pow dan kembali Lebuhraya Sprint sebelum masuk ke Jalan 17/21.

Pengguna kenderaan juga boleh memilih untuk memasuki lencongan ke Jalan 17/22 sebelum terus ke Jalan 16/6 atau Jalan Universiti sebelum ke Jalan Dato’ Abu Bakar menghala ke Kuala Lumpur. Lencongan ini juga membabitkan pengguna kenderaan dari NKVE menuju ke Kuala Lumpur.

Manakala bagi pengguna kenderaan yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Petaling Jaya, TTDI atau NKVE, boleh memasuki Jalan Dato’ Abu Bakar dan ke kanan ke Jalan 16/16 dan kemudian ke kanan ke Jalan 17/1.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *