Caltex anjur promosi RON97 dengan tawaran hadiah sehingga RM110k

By  |  0 Comments

RON97 Promo - PXF and Shahid

Chevron Malaysia Limited (“Chevron”) telah mengumumkan penganjuran Promosi RON97 di semua stesen Caltex di seluruh negara.

Promosi ini bakal berlangsung selama enam minggu iaitu sehingga 31 Sept 2015. Lebih dari 190 pemenang bakal berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM110,000.

Dua pemenang utama bakal dipilih setiap minggu, berpeluang membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Manakala 30 pemenang lain bakal berpeluang menerima StarCash bernilai RM300.

Untuk pemenang JOURNEYTM Card dan BCARD, setiap satunya bakal menerima mata ganjaran tambahan sehingga 10,000 BPoint apabila mengunakan BCARD dalam transaksi.

Pengerusi Chevron Malaysia, Shahid Ahmed berkata, “Promori RON97 ini adalah peluang untuk para pelanggan kami menikmati penjimatan minyak dan oleh itu kami memberikan penghargaan buat pelanggan setia yang memilih bahan api premium kami ini. Dengan Caltex Premium 97 with Techron®, anda memberikan enjin kenderaan anda bahan api yang terbaik dan prestasi yang berpanjangan.”

Antara kelebihan yang ada pada Caltex with Techron® ialah ia diformulasi khas bagi membuatkan enjin kenderaan sentiasa bersih dan menghapuskan kekotoran akibat daripada komponen di dalam enjin, sekali gus menghasilkan prestasi terbaik buat kenderaan.

Sebagai tambahan bagi Promosi RON97 ini, Caltex turut menawarkan kepada para pelanggan Caltex Premium 97 dengan diskaun sebanyak RM10 bagi Techron® Concentrate Plus setiap kali mengisi petrol RON97 minimum RM50 dalam satu resit.

Untuk menyertai Promosi RON97 ini, pelanggan hanya perlu mengisi petrol RON97 minimum RM50 di mana-mana stesen Caltex di seluruh negara untuk berpeluang memenangi hadiah yang disediakan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *