GIIAS 2015 : Honda BR-V prototaip mencuri tumpuan

By  |  0 Comments

Honda-BR-V-Prototype_-003

Ini model yang paling dinanti-nantikan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2015 yang sedang berlangsung di Jakarta. SUV tujuh-tempat duduk ciptaan Honda ini mula diperkatakan sejak akhir Jun yang lalu, BR-V atau ‘Bold Run-about Vehicle’ pastinya menjadi bualan terhangat bagi pemerhati tegar industri automotif serantau.

Model konsep ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan kuasa 120 hp dan tork 145 Nm iaitu penjana kuasa yang sama dengan City dan Jazz. Ia mungkin dipadankan dengan transmisi Earth Dream CVT atau kotak gear manual baharu enam-kelajuan.

Indonesia akan menerima kemasukan BR-V ini di pasaran dijangka pada awal 2016 dengan harga jualan antara 230 hingga 265 juta rupiah (RM68k hingga RM78k).

Antara elemen yang dipertaruhkan bagi SUV ini ialah rel bumbung yang nampak mantap, lampu belakang LED dan rim aloi 16-inci. Ia juga memiliki ruang kabin yang lebih luas dan mempunyai corong penghawa dingin di tempat duduk belakang.

Bagi pasaran Indonesia, BR-V ini akan dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isofix dan sistem bantuan mula mendaki (HSA).

Team Paultan.org yang sedang membuat liputan di sana akan membawakan lebih banyak galeri foto BR-V tidak lama lagi. Tunggguuuu!!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *