Kia Sportage 2016 bakal dipamerkan di Frankfurt bulan hadapan

By  |  0 Comments

Kia_Sportage_2016_1

Kia telah menyebarkan tiga foto lakaran bagi model Sportage serba baharu yang dijadualkan bakal dipamerkan di Frankfurt Motor Show pada 17 September ini.

Foto lakaran ini memberikan gambaran terhadap imej luaran hadapan dan belakang serta kabin Sportage generasi keempat ini. Ia menampakkan imej yang lebih segar dengan gril ‘hidung harimau’ yang sedikit rendah dan bentuk lampu utama yang lebih menyerlah. Malah lampu nyalaan siang LED berbentuk kiub ais yang disambungkan antara kluster turut menyerlahkan lagi gayanya.

Pelindung aluminium juga didapati pada bahagian bawah belakang dan hadapan. Manakala lampu belakang yang lebih anggun yang tersambung pada palang merah bersama spoiler atas serta rim aloi yang lebih segar menjadi pilihan.

Perubahan yang lebih besar dilakukan berbanding model terdahulu, malah ia turut mengambil sedikit elemen yang pada model Sorento serta Optima.

Bagi bahagian kabinnya, ia turut ditampilkan dengan roda stereng yang lebih leper, skrin paparan sesentuh yang lebih besar, ambien pencahayaan kemerah-merahan, transmisi automatik dan perehat tangan di bahagian tengah yang lebih besar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *