Honda buka pusat pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) baharu di Melaka

By  |  0 Comments

Photo 1

Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan pusat Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI) Yard 3 baharu yang terletak di Kilang Pegoh, Melaka, semalam.

Dengan pelaburan sebanyak RM15.1 juta, pembinaan PDI Yard 3 terletak di kawasan seluas 50 ekar iaitu bertentangan dengan Kilang Pegoh. PDI Yard 3 mampu menempatkan 6,000 unit kenderaan dan akan berfungsi sebagai pusat penghantaran bersepadu untuk kenderaan baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, “Pada Januari tahun lalu, kami telah membuka saluran pengeluaran Line No. 2 yang meletakkan kami di landasan terbaik dalam mencapai sasaran jangka pertengahan untuk menggandakan kapasiti produksi kepada 100,000 unit menjelang tahun 2016.”

YBhg Datuk Haji Murad Bin Haji Husin,Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Encik Roslan Abdullah, President and Chief Operating Officer, Mr. Yoichiro Ueno, MD & CEO

Manakala pada Julai 2014, Honda Malaysia telah membuat keputusan strategik untuk membina PDI Yard 3 baharu ini dalam usaha mempercepatkan proses penghantaran kenderaan, serta menyokong peningkatan jumlah produksi dan jualan.

Kapasiti PDI Yard 3 bertambah sebanyak 56% berbanding dengan gabungan kapasiti PDI Yard 1 dan 2. Yard 1 dan Yard 2 yang sedia ada akan digunakan untuk menerima kenderaan baharu, pemasangan aksesori dan pemeriksaan bahagian dalaman dan luaran kenderaan.

Bagi memudahkan proses pengangkutan kenderan ke PDI Yard 3, Honda Malaysia turut melabur sebanyak RM7.1 juta untuk membina sebuah jambatan sambungan baharu. Ia akan digunakan untuk kenderaan melintas dari PDI Yard 1 ke Yard 3 dan dijangka mengurangkan tempoh penghantaran. Ini juga merupakan jambatan pertama untuk kenderaan melintas di Alor Gajah.

The PDI Yard 3 is able to accommodate 6,000 units of vehicles and will function as the centralized delivery centre for new vehicles

Menurut Encik Ueno lagi, dengan pembukaan PDI Yard 3, ia akan memainkan peranan penting untuk Honda Malaysia mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 unit kenderaan pada tahun 2015. Sehingga akhir Jun 2015, Honda telah mencapai 51% sasaran jualan tahunannya dan menguasai 13.5% perkongsian pasaran. Syarikat juga menerajui Segmen Kenderaan Bukan Nasional.

Honda Malaysia mengekalkan komitmen yang tinggi untuk memenuhi kemahuan para pelanggannya dengan menghasilkan produk yang inovatif dan pada masa sama menyokong pembangunan industri automotif tempatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *