BMW bakal memperkenalkan enjin diesel quad-turbocharged baharu tahun hadapan

By  |  0 Comments
Foto : BMW 520d Sport dengan dengan teknologi BMW TwinPower Turbo

Foto : BMW 520d Sport dengan dengan teknologi BMW TwinPower Turbo

BMW dilaporkan sedang berhempas pulas untuk menghasilkan enjin diesel quad-turbocharged baharu yang dijangka bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

Unit enjin diesel ini bakal dipadankan pada model 750d xDrive dan kemungkinan besar turut ditawarkan bagi model M550d, X5 M50d, X6 M50d dan X7 M50d pada masa akan datang.

Enjin tersebut juga akan menampilkan empat pengecas turbo tetapi belum dapat dipastikan adakan BMW akan memasang empat turbo klasik atau pun mengaplikasikan turbo pacuan-elektronik.

Menurut maklumat awal, penjana kuasa diesel baharu ini boleh menghamburkan kuasa sehingga 408 PS dan sekitar 800 Nm bagi tork puncak. Ia juga bakal dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan bersama sistem pacuan semua-roda xDrive. Malah difahamkan, enjin quad-turbo ini mampu menyalurkan kuasa pendikit yang lebih responsif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *