Infiniti Q30 Premium Active Compact bersedia dipamerkan di Frankfurt Sept ini

By  |  0 Comments

Infiniti_Q30

Buat pertama kalinya model Infiniti Q30 Premium Active Compact bersedia untuk melakukan penampilan perdana di peringkat dunia pada September ini iaitu di International Frankfurt Motor Show 2015.

Menampilkan rekaan ikonik Infiniti, model serba baharu Q30 ini mengetengahkan kategori kenderaan konsep yang dibangunkan untuk pelanggan yang gemarkan gaya urban tersendiri. Ia turut menawarkan karateristik pemanduan dinamik dengan penuh keyakinan dan prestasi yang cukup responsif serta pengendalian yang lebih mantap.

Gaya yang lebih menarik ditampilkan daripada sudut luaran, menjalari bahagian kabin dengan menampilkan kekemasan yang lebih jitu.

Penampilan perdana Infiniti Q30 Active Compact ini tepat selepas dua tahun model konsep Q30 dipamerkan di pertunjukan automotif yang sama pada tahun 2013.

“Rekaannya merupakan kunci utama bagi jenama Infiniti. Dan Q30 Active Compact baharu ini menonjolkan elemennya secara keseluruhan. Ia turut menampilkan rekaan yang tersendiri, pemanduan dinamik dan cita rasa yang diperlukan oleh pemiliknya,” ujar Presiden Infiniti, Roland Krueger.

The Infiniti Q30 Active Compact telah diuji dan dibangunkan di Eropah. Ia bakal diproduksi di Sunderland, UK dan akan menjadi negara keempat atau benua ketiga yang bakal membangunkan kenderaan Infiniti.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *