Porsche Boxster GTS & Cayman GTS baharu dilancarkan – Harga bermula RM660k & RM700k

By  |  0 Comments

Porsche_Cayman_Boxster_GTS

Sime Darby Auto Performance (SDAP) yang mendapat hak edaran jenama Porsche di Malaysia, petang ini telah melancarkan model Boxster GTS dan Cayman GTS baharu di Porsche Centre Sungai Besi yang juga baru beroperasi.

Pertama kali dipertontonkan di Auto China, Beijing, tahun lalu, model baharu bagi Boxster GTS dan Cayman GTS ini dibina dengan keupayaan sebagai kereta sport yang boleh dikendalikan sama ada di trek pelumbaan mahu pun kegunaan harian.

Bagi generasi terkini ini, kedua-dua model dua-tempat duduk ini mengadaptasi prinsir legenda GTS dengan membawakan dinamik yang cukup tinggi dan Porsche yang tipikal bagi keselesaan pengendalian, efisien dan elemen eksklusif yang ditampilkan.

BoxsterGTS_Ext_01

GTS atau Gran Turismo Sport pertama kali diperkenalkan pada model 904 Carrera GTS dalam tahun 1963. Kini, GTS terkenal dengan prestasi pelumbaan di trek dan juga jentera kegunaan harian serba sporty. Dan kini, ia diadaptasikan pula pada Boxster GTS dan Cayman GTS.

“Konsep GTS ini telah pun diimplementasikan pada 911, Cayenne dan Panamera. Dan kini giliran Boxster GTS dan Cayman GTS pula, yang kedua-duanya memiliki enjin-pertengahan jentera sport yang ringan. Sekali gus memberikan keseronokan kepada para pelanggan untuk memandunya pada setiap hari dengan prestasi kereta lumba,” ujar Arnt Bayer, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP.

Bagi model baharu GTS ini, Porsche telah mengimplementasikan dua enjin paling berkuasa tang pernah digunakan dalam produksi Boxster atau Cayman. Kedua-duanya ialah enjin jentera sport yang menggabungkan tork yang mantap dengan kuasa yang tinggi. Porsche telah menala semula enjin ini dengan kejuruteraan terkini bagi memantapkan lagi prestasinya.

CaymanGTS_Ext_01

Kedua-dua jentera dipadankan dengan enjin 3.4 liter enam-silinder, dengan Boxster GTS mampu menghamburkan kuasa sehingga 330 hp pada 4,500-5,800 rpm dan Cayman GTS pula 340 hp pada 4,750-5,800 rpm. Malah enjin ini juga telah mengoptimakan proses bagi bahan pembakaran oleh kawalan pemboleh ubah. Limpahan kuasa ini membolehkan Boxster GTS dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 4.7 saat, manakala Cayman GTS pula 0.1 lebih pantas.

Dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan, roadster bagi Boxster ini boleh mencecah kelajuan 281 km/j, manakala sport coupe pula lebih pantas iaitu 285km/j. Kedua-dua jentera ini turut memberikan penggunaan bahan api yang efisien iaitu 8.2 liter bagi setiap 100 km.

Imej bagi kedua-dua jentera GTS ini memiliki kesinambungan karakter Panamera GTS dan Cayenne GTS. Ia tampil dengan imej hadapan dan belakang yang telah dimodifikasi. Kedua-dua model sports coupe dan roadster ini memiliki heat excharger pada bahagian tengah dan dua radiator.

Paras rupa yang penuh dinamik jelas kelihatan dengan kehadiran lampu utama bi-xenon serta Porsche Dynamic Light System (PDLS) sebagai elemen standard. Ia juga tampil dengan lampu nyalaan siang LED dengan lingkaran hitam.

Selain itu, rel bumbung pada coupe juga tampil menarik dengan warna hitam berkilat. Sementara penampilan belakang jentera ini nampak agresif dengan paip berkemasan hitam dan panel belakang pada perendam juga dari warna yang sama.

Bagi pasaran Malaysia, Boxster GTS baharu dijual pada harga bermula RM660,000, manakala Cayman GTS pula dari RM700,000. Harga ini adalah tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Ia turut didatangkan dengan 4 tahun jaminan pengilangan dan 4 tahun pakej penyelenggaraan.

Porsche Boxster GTS

Porsche Cayman GTS

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *