Honda Grace LX tanpa teknologi hibrid bakal jadi pilihan di Jepun

By  |  0 Comments

Honda-Grace-Lx-Japan-1

Jika sebelum ini Honda Grace hanya dikenali sebagai kenderaan hibrid, kini ia tidak lagi.

Honda telah pun memperkenalkan model baharu Grace LX di Jepan dan ia tanpa teknologi hibrid, menampilkan enjin 1.5 liter suntikan-terus DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 132 PS. Grace LX ini turut dipadankan dengan kotak gear CVT dan dikatakan mampu memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik iaitu anggaran 21.8 km bagi setiap km.

Honda-Grace-Lx-Japan-5

Walau bagaimana pun, Honda masih belum banyak memperkatakan tentang model ini namun mengesahkan ia bakal dilengkapi dengen elemen yang lebih baik termasuklah roda stereng balutan kulit, sistem kawalan suhu automatik dan kemasukan tanpa kunci Smart Key.

Ditawarkan pada pilihan warna seperti Gold Brown Metallic, White Orchid Pearl dan Tinted Silver Metallic termasuk tona baharu secara eksklusif iaitu Premium Crystal Red Metallic.

Harga bagi Honda Grace ini ialah dari 1.75 hingga 2.09 juta yen (RM52,900-63,100).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *