Range Rover sambut ulang tahun ke-45

By  |  0 Comments

LRRR_5

Jenama SUV mewah dan penuh elegan, Range Rover, telah pun memasuki usia ke-45 tahun hari ini dan kini memasuki generasi ke-empat.

Mula diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai model dua-pintu, dijanakan oleh enjin V8, ia menampilkan empat cakera brek dan sistem pacuan semua-roda sepenuh masa.

LRRR_12

Pada tahun 1981, Range Rover memperkenalkan model empat-pintu pula, sementara versi enjin diesel hadir pada 1986. TIga tahun selepas itu, ia menjadi SUV pertama yang menawarkan brek anti-kunci dan tahun 1992, Range Rover meraikan model SUV pertama yang diperkenalkan dengan Kawalan Cengkaman Elektronik dan suspensi udara elektronik automatik.

Kemudian, model kedua diesel Range Rover muncul dengan enjin 2.5 liter dan enjin petrol bagi 3.9 liter serta 4.6 liter. 16 tahun yang lalu pula, Land Rover memperkenalkan model edisi istimewa Linley dengan warna hitam pada bahagian badannya yang dipadankan dengan kekemasan kulit upholsteri dari tona yang sama.

LRRR_3

Model yang terbesar pula diperkenalkan iaitu Range Rover generasi ketiga pada tahun 2001 dan menerima siri enjin baharu termasuk 4.2 liter V8 supercharged petrol pada tahun 2005, enjin diesel TDV8 pada 2006 dan 5.0 liter V8 petrol pada tiga tahun kemudian.

Generasi keempat Range Rover pula dilancarkan pada tahun 2012 sebagai “SUV pertama dunia dengan elemen keseluruhan aluminium”. Pada Mac yang lalu pula, Range Rover SVAutobiography diperkenalkan dan menjadi model paling berkuasa dan paling mewah yang pernah dihasilkan.


Selamat ulang tahun ke-45 Range Rover!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *