KL MRT : Lagi jalan ditutup sepanjang Persiaran Surian

By  |  0 Comments

mrt-surian-pelangi

Bagi kelancaran kerja-kerja pembinaan KL Mass Rapid Transit system, MMC-Gamuda telah mengumumkan lagi tiga penutupan jalan sementara pada waktu malam sepanjang Persiaran Surian di sekitar Pelangi Square dan The Club@BU. Ia bakal dilaksanakan pada 3 Jun hingga 3 Julai ini, antara jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Di mana penutupan jalan ini akan dijalankan secara berperingkat dan tidak serentak.

Bagi peringkat pertama, ia melibatkan penutupan sepenuhnya dari hadapan Pelangi Astana (arah Kota Damansara) dari 3 hingga 17 Jun. Pengguna jalan raya akan dilencongkan di jalan dalam antara kawasan parkir Pelangi Astana.

mrt-pelangi

Manakala penutupan kedua pula melibatan jalan di hadapan Pelangi Square (arah LDP), pada tarikh yang sama. Di mana pengguna jalan raya akan dilencongkan di jalan dalam antara kawasan parkir Pelangi Square.

Peringkat ketiga pula melibatkan penutupan jalan sepanjang 500 meter di hadapan The Club@BU ke persimpangan lampu isyarat di Jalan PJU 3/31 dan Persiaran Surian, dari 3 Jun hingga 3 Julai.

Pengguna jalan raya yang datang dari LDP (arah Kota Damansara) yang ingin melalui Jalan PJU 3/31 akan dilencongkan di laluan kontra sementara di Jalan PJU 3/22 selepas stesen Shell. Malah boleh juga melalui Jalan PJU 3/27 dan kemudian terus ke Jalan PJU 3/29 untuk akses ke Palm Spring Condo dan Sunway Damansara Technology Park.

mrt-surian-june2015

Pengguna jalan raya dari Jalan PJU 3/31 yang kanan menuju ke Kota Damansara perlulah pusing ke arah kiri dan pandu lebih kurang 1 km dan membuat pusingan-U di Mutiara Damansara iaitu di laluan bawah Surian sebelum menuju ke Kota Damansara. Ataupun boleh melalui PJU 3/29 untuk akses di Jalan PJU 3/22 dan kembali ke Persiaran Surian.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *