BMW 7-Siri 2016 akan diperkenalkan pada 10 Jun ini

By  |  0 Comments

BMW-7-Siri

BMW telah mengumumkan bakal memperkenalkan model 7-Siri 2016 pada 10 Jun ini. Tampil dengan rekaan yang lebih evolusi termasuk padanan gril yang nampak garang disambungkan dengam lampu utama ‘laserlight’, ia juga diserlahkan dengan kehadiran corong dapra hadapan dan lampu belakang yang lebih langsing bersama kekemasan krom.

Walau bagaimana pun, BMW masih enggan mendedahkan perincian lebih lanjut mengenai 7-Siri 2016 ini namun mengesahkan model ini akan dikurangkan berat sebanyak 130 kg berbanding model sebelumnya. Ia adalah faktor penggunaan gentian karbon sebagai teras struktur kerangka.

Malah BMW turut mendedahkan model ini merupakan generasi terkini bagi enjin TwinPower Turbo dengan suspensi standard dua-gandar udara dengan pelarasan automatik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan parkir dan sistem hiburan iDrive Touch Display.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *