Hitachi lancar bateri automotif untuk pasaran Malaysia

By  |  0 Comments

Hitachi-1

Satu lagi pilihan bagi bateri automotif apabila Hitachi telah memperkenalkan produknya di pasaran Malaysia. Menawarkan dua siri iaitu MFX dan ES, yang diimport sepenuhnya, ia telah mula diedarkan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak oleh Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd (Borneo Technical), ahli Kumpulan Toyota T susho.

Bateri ini telah diperkenalkan semalam sempena dengan majlis menandatangani perjanjian antara Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd (HCAP) dan Borneo Technical sebagai pengedar bateri ini dalam negara mulai Mei 2015.

Hadir bagi menandatangani perjanjian bagi pihak HCAP adalah Pengarah Urusannya, Shigeru Fujita sementara Borneo Technical telah diwakili oleh Presidennya, Takuya Hirano. Jackie MK Chuah, Pengurus Besar & Pengarah, Bahagian Jualan & Pemasaran, Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd dan disaksikan oleh YK Chow, Naib Presiden Borneo Technical.

Menurut Fujita dari HCAP, “Malaysia mempunyai salah satu pasaran terbesar kenderaan bermotor di rantau ASEAN. Terdapat lebih daripada 20 juta kereta dan kenderaan bermotor lain di negara ini pada masa kini. Ini merupakan petanda yang baik dan kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Borneo Technical yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pasaran tempatan, pengalaman serta rangkaian pengedar yang luas untuk menyokong produk kami.”

Rangkaian bateri kereta Hitachi terdapat di lebih daripda 5,000 wakil penjual di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Harga siri MFX bermula daripada RM350 untuk satu unit manakala harga siri ES bermula daripada RM250. Bateri-bateri ini dikeluarkan oleh kilang Kumpulan Hitachi Chemical di Jepun dan Thailand. Ia turut menawarkan jaminan selama dua tahun dan menjadikannya salah satu jaminan yang paling lama iaitu bagi siri MFX.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *