Honda Malaysia panggil semula 87,182 unit kenderaannya ekoran masalah beg udara

By  |  2 Comments

Honda-Jazz-2004

Honda Malaysia telah mengumumkan bakal mengambil inisiatif sebagai langkah berjaga-jaga untuk memanggil sejumlah 87,182 unit kenderaannya di negara ini berikutan kemungkinan besar beg udara keluaran Takata yang mengalami masalah.

Model terbabit ialah City tahun buatan 2003-2008, Civic (2003-2008), CR-V (2002-2007), Stream (2004-2005) dan Jazz (2004-2006).

Honda-Malaysia-Airbag

Langkah berjaga-jaga ini bagi menggantikan pengepam beg udara pada tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu jika didapati perlu. Honda Malaysia amat memahami kesulitan yang bakal ditanggung oleh semua pemilik kenderaan terbabit. Walau bagaimana pun, ia tidak membabitkan model Honda yang sedang berada di pasaran.

Honda Malaysia akan memaklumkan kepada semua pelanggan yang terbabit menerusi surat-menyurat dengan maklumat yang diperlukan. Bagi pelanggan yang sudah menerima surat terbabit, dinasihatkan agar menghantar kenderaan masing-masing menjalani pemeriksaan di mana-mana pusat servis Honda yang diiktiraf. Malah kos penggantian juga akan ditanggung oleh pihak Honda Malaysia sendiri tanpa membebankan pelanggan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *