Proton tawar waranti lanjutan sehingga tujuh tahun buat model terpilih

By  |  0 Comments

Proton telah mengumumkan kempen ‘Nilai Yang Lebih Banyak’ dengan menawarkan waranti lanjutan sehingga tujuh tahun buat model terpilih, 1.99% kaedah faedah setahun untk Saga dan Iriz terpilih, 100% skim pinjaman buat kakitangan kerajaan, tawaran menarik buat para graduan dan mahasiswa, kadar faedah rendah buat model terpilih dan banyak lagi.

Menurut sumber Perkhidmatan Pelanggan Proton, promosi ini turut melibatkan model baharu Preve, Suprima S dan Exora. Walau bagaimana pun, Satria Neo, Inspira dan Persona tidak termasuk dalam kempen ini.

Promosi ini berlangsung sekarang sehingga akhir Jun 2015 ini di semua bilik pameran Proton di seluruh negara untuk pemilik baharu sama ada daripada golongan profesional, graduan, kakitangan kerajaan, pesara dan juga yang berpendapatan tetap.

“Waranti lanjutan ini membuktikan model Proton, terutamanya Iriz, yang memiliki penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP dan menampilkan elemen keselamatan terkini termasuk Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) merupakan kenderaan yang paling selamat dalam kategorunya dan dijual dengan harga yang cukup kompetitif berbanding model pesaingnya. Dengan hanya bayaran bulanan sebanyak RM326 dan kadar faedah 1.99% setahun, pasti ramai yang mampi memiliki Iriz 1.3 ini,” ujar Dato’ Abdul Harith Abdullah, CEO Proton.

Buat masa ini, Proton merupakan satu-satunya pengeluar peralatan tulen (OEM) yang menawarkan program jaminan lanjutan tujuh tahun ini di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila berkunjung di mana-mana 211 bilik pameran Proton di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *