Volkswagen Group Malaysia memperkenalkan Pusat Servis Teknikal Volkswagen pertama di Malaysia

By  |  0 Comments

VW-Technical-Service-Centre

Volkswagen Group Malaysia (VGM) menerusi pengedar bertauliah Cergaz Autohaus, telah melancarkan Pusat Servis Teknikal Volkswagen pertama di Malaysia. Terletak di Jalan Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, KL, Pusat Servis Teknikal Volkswagen ini berkeupayaan menyelenggara dan menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi semua kenderaan bukan-komersil Volkswagen, tidak kira usia mahu pun model.

Dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk diagnostik dan pasukan mekanik terlatih, Pusat Servis Teknikal Volkswagen memiliki 10 petak penyelenggaraan dan mempunyai ruang tambahan bagi lebih 20 buah kenderaan. VGM mensasarkan sebanyaj 7,000 kenderaan mampu diselenggara di pusat ini. Ia juga menyediakan perkhidmatan trak tunda 24 jam/seminggu serta bersedia menerima temujanji bagi penyelenggaraan berkala menerusi Cergaz Autohaus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *