Honda Malaysia sumbang RM500k untuk usaha pembangunan semula pasca banjir di Pantai Timur

By  |  0 Comments

With the students of SK Betong. L to R - En. Ismadi from Terengganu State Department

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa pihaknya kini terlibat dalam usaha pembangunan semula pasca banjir untuk membantu mangsa-mangsa banjir di rantau Pantai Timur yang terjejas teruk akibat bencana alam. Honda menyumbang sebanyak RM500,000 dalam usaha membina perpustakaan dan membeli buku-buku latihan untuk diberikan kepada 48 buah sekolah menengah dan rendah.

Presiden dan CEO Honda Malaysia, Roslan Abdullah bersama kakitangan Honda Malaysia telah melawat Sekolah Kebangsaan Betong, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Terengganu baru-baru ini.

Menurut Roslan, “Kami faham bahawa usaha pembangunan semula pasca banjir merupakan satu operasi besar yang akan memakan masa beberapa bulan untuk disempurnakan. Jadi, sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan memberi kemudahan kepada para pelajar yang terjejas akibat banjir.”

Honda juga turut bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengenal pasti 48 buah sekolah yang terjejas teruk.  Apabila projek ini selesai, lebih 7,000 orang pelajar akan menerima manfaat daripada pembinaan perpustakaan ini dan lebih dari 2,000 set buku latihan akan disumbangkan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan-peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika banjir mula melanda negara pada Disember tahun lalu, Honda Malaysia tampil memberi bantuan dengan Program Bantuan Banjir dengan memberi diskaun sebanyak 50% ke atas pembelian alat ganti tulen yang rosak akibat banjir. Inisiatif ini berterusan sehingga 31 Mac 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *